Click me ^_^

Thursday 19 May 2016

Tips Menduduki Ujian MEdSI


Assalamualaikum dan Hi semuaa..

Nak cerita sikit pasal pengalaman aku mabik Ujian MEdSI dulu sebelum masuk Degree.
MEdSI tu merupakan singkatan kepada Malaysian Educators Selection Inventory iaitu satu ujian berkomputer yang mesti diambil oleh pelajar lepasan Matrik/Asasi/STPM/Diploma yang mohon UPU kos Pendidikan tak kira laa UiTM ke, UPSI ke, UTHM ke, UPM ke. Tak kisah la pendidikan apapun, kalau je nampak word pendidikan mesti akan dipanggil untuk ujian MEdSI dan melepasi syarat minimum permohonan Program Pendidikan Di Universiti.

Sebelum ke Ujian MEdSI, korang kena check dulu dapat atau tak di web UPSI.
Ujian MEdSI di urus oleh UPSI. Ujian MEdSI bukan untuk masuk UPSI tau, tapi untuk ke mana-mana U yang tawarkan Kos Pendidikan. Tak pergi MEdSI jangan harap akan dapat Interview U lain.
Tapi kalau gagal MEdSI pun tak dapat jugak. :D

Ujian MEdSI ni sangat simple. Bukan jawab soalan math/sains ke ape. Tapi hanyalah ujian personaliti yang nak tengok anda ni layak tak jadi guru. Click-click kat komputer je. Senang kan
Soalan tak susah. Apa yang aku ingat dia pernah tanya "Anda pernah Bercinta" ?
HAhahaha. Soalan lain aku lupa laaak.
Dan tips dia apa yang aku jawab haritu jangan terlalu jujur laaah. Hihi
Then ada soalan yang jawapan dia
- Sangat Setuju
- Setuju
- Memusakan
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju

Bagi aku soalan macam ni yang trick. Jangan sesekali jawab yang lain kecuali Sangat Setuju dan Sangat Tidak Setuju. Ini menunjukkan anda yakin dan konfiden dengan jawapan anda. Nak jadi cikgu tak boleh was-was dan teragak-agak tau. Kena konfiden.

Pasal pakaian, mestilah formal..
Lelaki pakai baju kemeja, Tali Leher dan Slack. Yang perempuan biasanya baju kurung atau boleh pakai baju korporat. Jangan ketat-ketat tau. Nanti nak bernafas pun susah. LOL

Bila dah dapat tawaran menduduki Ujian, jangan lupa print slip. Bawa juga IC dan pen skali okay. Mana tau kena ada tulis nama ke apa. Menjadikan proses lebih cepat.
Kalau dah lepas Ujian, dalam 2-4 minggu selepas tu boleh buat semakan untuk temuduga Program Pendidikan Di U yang dipohon. Andai kata anda dapat temuduga tersebut, bermakna MEdSI anda lulus la. Kalau tak dapat, bermakna anda tak lulus.

Okey, itu sahaja sedikit perkongsian tentang Ujian MEdSI bagi Program Pendidikan

58 comments:

  1. salam.nak tanya, kalau kos pendidikan tu mcm mana ye?,kalau accounting or finance kena iv jgk ke? sbb saya dah lepas ujian medsi tu sbb tak tau

    ReplyDelete
  2. salam.nak tanya, kalau kos pendidikan tu mcm mana ye?,kalau accounting or finance kena iv jgk ke? sbb saya dah lepas ujian medsi tu sbb tak tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. Kos pendidikan ni kalau dalam UPU anda ada mohon kos yang ada perkataan "PENDIDIKAN" wajib duduki ujian medsi dahulu. Kalau tak, tak boleh laa masuk kos ni. If takde mohon, takde laa ujian medsi. Kalau Accounting, finance semua tu iv brgantung kepada universiti yang anda pohon. Especially for UKM, USM tu memang wajib ada iv laa. Ada jugak yang takde iv macam Uitm rasanya takde iv. Tapi kalau pendidikan tak kira di U mana pun semua kena medsi dan iv

      Delete
  3. Assalamualaikum , masa jwb ujian tu sya tengok ada 0-100% . Sya rasa sya habis jwb 300 soalan smua. Tapi peratus tu tak sampai 100%. Apa maksudnya , mohon penjelasan. Takut2 terskip soalan lain

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. nak tanya, masa nak pergi ujian medsi tu perlu bawa dokumen-dokumen lain seperti sijil-sijil akademik tak selain slip yang perlu dicetak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Waktu saya dulu just bawak slip ngan ic je. Tgk pada slip tu la sebab dia ada nyatakan apa yg perlu

      Delete
  6. Asslm, nak tanya. Medsi ni kene apply asing or dia dh automatik bila kita apply dlm upu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Medsi ni sekali dlm upu. Maksudnya kalau awak apply pendidikan bm atau apa2 kos yg ada "pendidikan" kat depan, awak akan menduduki ujian medsi (aka ujian komputer) sekiranya awak layak. Lepas tu kalau pass ujian medsi, baru awak akan dipanggil untuk interview. Harap menjawab la soalan awak tu.. 😁

      Delete
  7. Assalamu'alaikum ..kalau gagal medsi ,tk dapat tawaran u lain atau tk dpt tawaran pendidikan saja?

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam. Saya rasa tak dapat tawaran pendidikan je. Sebab tawaran u lain boleh mintak lagi masa rayuan@second intake. Semoga betullah macam tu dan harap menjawab soalan awak.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih, sangat membantu 😊

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum... Ujian medsi ni hanya dibuat untuk yang amik course pendidikan je ke? Yang tak ambil pendidikan tak ada ujian medsi ke?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum... Ujian medsi ni hanya dibuat untuk yang amik course pendidikan je ke? Yang tak ambil pendidikan tak ada ujian medsi ke?

    ReplyDelete
  12. doakan saya ujian medsi di upsi 18/5 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, yalah. Keputusan keluar hari ni.. insya-Allah.. semoga awak lulus ujian medsi tu. Aamiin. Dapat kos apa ni? Takpe, senang je. Baca dan jawab macam awk seorang pendidik tau..

      Delete
  13. Ujian medsi ni untuk upsi sahaja ke or untuk course pendidikan di u lain?

    ReplyDelete
  14. Ujian medsi bukan untuk upsi je. Ujian ini termasuk untuk semua kos pendidikan yang ditawarkan dekat universiti2 yang ada dekat Malaysia ni.

    ReplyDelete
  15. Slam, nk minta pendapat,klau soalan tu tanya benda negatif/pelik2 ( contohnya prnah bercinta) tentang diri kita kena jujur ya atau tidak.?Mhon penjelasan

    ReplyDelete
  16. Soalan adakah anda pernah beecinta tu jawab tidak pernah lah ye? Bagi tips sikit 😊

    ReplyDelete
  17. Doakan sya utk ujian medsi 21/5 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah, adik lulus medsi. Nanti dapat panggilan interview pulak. Aamiin..

      Delete
  18. Saya pun 18/5 ni nak amek test....doakan saya doa org puasa makbul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah, dik. Semoga adik boleh buat yang terbaik eh? Nanti dapat la panggilan interview tu.. aamiin. Buat la solat hajat. Sempat lagi. Minta doa banyak2. Semoga adik tenang esok, tak menggelabah. Aamiin. 😊

      Delete
  19. Kalau pakai baju kemeja lengan pendek boleh tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm tak pasti jugak la dik. Kalau boleh pakai yang lengan panjang. Nampak formal sikit.

      Delete
  20. kalau lepas tarikh medsi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas? Terlepas ke maksud kau? Aku rasa tu kira kau tak datang then kira macam kau tak nak ah ujian tu. Burn terus ah. Aku rasa macam tu ah.

      Delete
  21. Kalau dah dapat iv utk course yg dipilih tapi gagal medsi mcm mna ya?

    ReplyDelete
  22. Oh pelik kes awak ni. Tak pernah lagi macam ni. 👍🏿 Kalau dah tertera nama awak dkt website upu yg awak dapat iv, pergi jela.. rezeki awak la tu. 😌

    ReplyDelete
  23. sy gagal medsi rsa2 klu sy apply blik utk pendidikn time rayuan nnti agak2 dpt tak?

    ReplyDelete
  24. Bergantung pada rezeki awak la. Biasanya orang akan dapat medsi even rayuan. Banyak2 berdoalah semoga awk dapat. Kalau rayuan, probability nak dapat tu susah sebenarnya sebab masa rayuan kos2 yg takde iv contohnya bukan kos pendidikan biasanya dah takde sangat so, org akan ambik kos pendidikan yang ada medsi ni. Takpe, awak buat je rayuan. Jangan cepat mengalah. Nanti apply lagi upu next year kalau tak dapat. Jangan bersedih. Semoga ada rezeki awak. Bulan2 puasa ni doalah banyak2. Aamiin.. 😊

    ReplyDelete
  25. oh macam tu... terima kasih sbb beri pencerahan, semoga awak dimurahkan rezeki 😊

    ReplyDelete
  26. Sama2. insya-Allah, aamiin. Terima kasih.. semoga awak juga.. aamiin..

    ReplyDelete
  27. assalam...sy ad check result medsi test dekat laman web upsi tapi gagal...tapi sy dipanggil temu duga untk bachelor pendidikan di upm...macam mana tu?? minta pencerahan sedikit ....confuse laa sy ni layak ke x?

    ReplyDelete
  28. Waalaikumussalam. Oh. Setahu saya, kalau awak check dekat certain website universiti contohnya awak check dkt upsi, gagal kat situ mungkin medsi yg awk ambik dkt upsi je gagal. Maksudnya uitm pegi website uitm, upsi website upsi. Macam tu. Yg awk dpt iv tu upm kan, maksudnya betullah tu. Kalau nak kepastian lagi, try call no. yang ada kta bawah betul ke awak dpt iv ni macan tu.. semoga terjawab la soalan awak tu.. 😊

    ReplyDelete
  29. saya nak tanya..saya semak ujian medsi tetapi saya gagal..tapi saya masih dapat iv untuk ke ukm untuk program tesl...kalau macam ni...rasanya boleh ke saya ni meneruskan program pendidikan tesl di ukm? saya baru je pergi ke iv tesl tersebut tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, samalah dengan saya. Medsi Test saya sebenarnya gagal. Fortunately, saya cek website ums, saya dapat offer utk iv Tesl course. Memang mcm tu ke?

      Delete
    2. SY pun pelik dengan kes macam ni. Saya rasa sistem dah berubah kot. Waktu batch saya 2014 dulu yg fail medsi mmg tak dapat langsung iv edu kat mana-mana U. Doakan yg terbaik utk awak. Aminn

      Delete
    3. Aah, betul Faiz. Sekarang jadi lain pulak.. 😅

      Delete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. hi, saya nak tanya. kalau gagal ujian medsi adakah saya akan diterima second intake upsi? sebab ada yang kata second intake upsi hanya untuk yang lulus medsi tapi gagal temuduga. mohon pencerahan...

    ReplyDelete
  33. Hai nak tnya jugak, kita dah mohon, tapi tak pergi medsi tu pulak cam mne ye? Sebab sye kurang mengetahui tentang medsi ni sbenarnya .

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum,saya nak tanya untuk lulus ujian MEdSI ni kena dapatkan berapa markah daripada 300 soalan

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum nak tanye,disebabkn soalan dia agak bnyak..sempat ke kita habiskn dlm masa sejam

    ReplyDelete
  36. Nak tanya kalau tak lulus MEdsi, dapat tak tawaran lain yg lebih 9 course yg kita mohon dlm upu

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum.. Nk tnya ni, klau gi ujian MEDSI.. Wjib bwak ker dkomen asli & dkumen slinan espcially rsult exm ?..

    ReplyDelete
  38. Tips yang baik dan bermanfaat kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan ini.

    ReplyDelete
  39. saya ingin bertanya waktu pkp ni ujian medsi secara atas talian.Tertera di situ bermula pukul 12 tengah hai sehingga pukul 1 tapi bila saya bukak portal dan isi maklumat diri belum pukul 12 soalan sudah bermula tetapi masih dalam masa 45 minit. Adakah jawaban saya masih diterima walaupun saya tidak bermula pada pukul 12 seperti yang diberitahu?

    ReplyDelete
  40. Nak tanya.. Bole ke jawab pakai hp ?

    ReplyDelete